Select Page

Masalah Keputihan


11920377_10153801434723322_1848195707_nMenurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.

 

Keputihan berpenyakit biasanya berwarna kuning pekat atau kehijauan, berbau yang busuk dan gatal. Lebih teruk lagi jika suami mula mengeluh kerana tidak selesa ketika ‘bersama’. Masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat.

 

Bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan ini akan menyerap masuk ke dalam faraj seterusnya menyerang kawasan penghasilan ovum. Apabila kawasan atau kilang ini terganggu, sudah pasti ovum yang terhasil mempunyai masalah dari segi keabnormalan. Ovum yang tidak normal tidak akan mampu bertahan lama atau boleh dikategorikan sebagai cacat.

 

Yang keduanya, keputihan yang terhasil menyebabkan penyumbatan berlaku pada leher faraj. Sperma akan berhadapan kesukaran untuk menembusi leher faraj sekiranya terdapat keputihan yang banyak. Selain itu, kulat atau bakteria yang ada di sekitar faraj juga boleh mengganggu kualiti sperma yang memasuki faraj.

 

Haid Tidak Teratur

11168405_818196628267966_357552513834036767_oMasalah kesuburan selalunya berkait rapat dengan kitaran haid yang tidak teratur. Jika seorang wanita mengalami kitaran haid yang tidak menentu, bermakna beliau akan menghadapi masalah kesuburan, iaitu sukar untuk hamil.

 

Mempunyai haid yang tidak teratur, tidak haid dalam satu tempoh panjang, atau haid keluar hanya sedikit menyebabkan ovulasi (pengeluaran telur wanita) tidak berlaku pada setiap kitaran haid.

 

Haid yang tidak teratur dan kesuburan sangat berkait rapat ketidakseimbangan hormon. Tahukah anda bahawa aras FSH (Folikel Stimulating Hormone) dalam badan seseorang berkorelasi dengan kualiti dan kuantiti telur dalam ovari dan mempengaruhi kawalatur kitar haid seseorang.

 

FSH adalah sejenis hormon yang boleh memberi kesan secara langsung kepada peluang untuk hamil. Jika badan tidak dapat menghasilkan FSH yang secukupnya, ia akan memberi kesan kepada ‘simpanan telur’ dalam ovari seseorang. Keadaan dimana aras FSH yang rendah ini biasa dikesan pada mereka yang mengalami PCOS.

 

Secara umumnya, bagi wanita yang dalam ikhtiar untuk hamil, aras FSH yang baik adalah dibawah 10mIU/ml. Namun bila aras FSH ini terlalu tinggi atau terlalu rendah, ia akan mengganggu aturan kitar haid dan seterusnya menjejaskan peluang untuk hamil.

 

Kegemukan (Obesiti)

woman-on-scaleKajian oleh penyelidik dari Jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerika Syarikat,Barbara Luke mendapati wanita yang mempunyai berat berlebihan berisiko sebanyak 28 peratus berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat. Dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran.

 

Obesiti sememangnya berkait rapat juga dengan ketidakseimbangan hormon justeru boleh mencetuskan masalah dengan ovulasi dan kitaran haid. Wanita yang mempunyai berat tidak ideal mengambil masa yang lama untuk hamil daripada wanita dalam lingkungan berat badan yang sihat dan apabila mereka hamil mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat komplikasi kehamilan seperti keguguran, diabetes dan kelahiran pra-matang.

 

Malah,  berat badan berlebihan juga selalu dikaitkan dengan masalah PCOS, di mana ia merupakan antara faktor utama masalah kesuburan wanita. Wanita yang menghadapi masalah PCOS selalunya menghadapi masalah kitaran haid di mana telur sangat sukar untuk mencapai tahap kematangan untuk disenyawakan bersama sperma.
arrow1-red
Adakah anda ada salah satu daripada masalah ini?

Jawab soalan di bawah untuk dapatkan penyelesaian terbaik untuk masalah anda!

Klik Sini

Comments

comments