Select Page

Makanan-makanan di bawah ini perlu dihindari oleh ibu-ibu yang sedang hamil kerana boleh menyebabkan jangkitan bahaya seperti salmonela, toksoplasmosis, listeria, E-coli dan lain-lain yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.

  • Jangan minum air yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh. Ia berpotensi menyebabkan keguguran, berat badan bayi anda rendah dan juga mengurangkan penyerapan zat besi.  

coffee-tea-party

  • Jangan makan daging mentah (seperti sushi) atau makanan yang kurang dimasak  kerana ia mengandungi toksoplasmosis iaitu parasit yang akan menyebabkan jangkitan serius kepada janin anda dan juga E-coli yang berbahaya kepada ibu hamil dan kandungannya.  

48202uu1migdkr6

  • Bersihkan sayuran anda dengan baik kerana toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci, terutama sekali untuk salad dan ulam yang dimakan mentah-mentah.

wash-fruits-vegetables-1

  • Hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber kepada salmonela. Telur ayam yang kurang dimasak atau mentah juga perlu dihindari.

BoiledEgg

  • Hindari keju daripada susu kambing atau susu yang tidak dipasteur kerana mempunyai risiko pembawa listeria. Bakteria ini mampu menembusi plasenta dan menyebabkan jangkitan kepada janin. Listeria juga boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang, dan keracunan dalam darah.

cheese_slices

  • Hindari ikan tuna steak, ikan sea bass, shark dan lain-lain ikan yang bersaiz besar kerana ikan seperti ini mengandungi tahap merkuri yang tinggi di mana ia akan menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah yang banyak. FDA menyarankan supaya pengambilan ikan seperti ini dihadkan kepada 12 auns seminggu.

tuna

  • Jangan minum minuman yang beralkohol yang sememangnya terbukti menyebabkan ketidaknormalan pada perkembangan janin dan juga masalah emosional pada bayi.

 

various type of alcoholic drinks isolated on white

Comments

comments