Select Page

Semua ibu-ibu yang sedang hamil pasti tidak sabar untuk mengetahui jantina di dalam kandungan. Antara kaedah yang paling popular adalah melalui UltraSound Scan. Tetapi cara ini hanya boleh dilakukan semasa usia kandungan 5 bulan. Jadi jika anda tercari-cari cara untuk mengenalpasti jantina kandungan di awal kehamilan, cara paling mudah dan lebih 60% tepat adalah dengan menggunakan ujian soda bikarbonat bersama air kencing.

 

Ujian ini adalah cukup mudah dan boleh dilakukan seawal kandungan 10 minggu ke atas. Caranya ialah dengan letakkan satu sudu atau dua soda bikarbonat dalam gelas. Kemudian campurkan sedikit air kencing anda bersama soda bikarbonat itu tadi. Jika ada tindak balas seperti minuman bergas yang telah digoncang (berbuih), maka bayi adalah lelaki. Sebaliknya jika tiada apa-apa tindak balas, maka bayi adalah perempuan.

 

Secara saintiknya, jantina bayi akan menyebabkan beberapa hormon di dalam badan ibu menukarkan kandungan asid di dalam air kencingnya. Sebab itu jika anda campur cuka dan soda bikarbonat maka akan menghasilkan tindak balas yang sama seperti jantina untuk lelaki.

 

Lihat video di bawah ini untuk contoh yang lebih jelas. Wallahualam…

 

 

Nak tahu cara untuk mudah bersalin dan tanpa koyak? Klik Sini

Comments

comments